assalamualaikum semua!!
✽Senyum memberi ketenangan bukan?? tapi.. ada juga yang bertanya "dah tu kenapa orang yang kt hospital tu senyum x sihat-sihat juga ? "..haha.. maybe sebab terlebih senyum..and one more sebab otak mereka dah agak mereng sikit..hihi..
✽Ape pun >>>Tahukah anda, ade lebih kurang 14 fakta menarik tentang
senyuman? Jom baca. Hari niy nak kongsi some important fact .. hihi.. hope enjoy it when reading..
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut
‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus
(bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan
‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17
otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai
kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan
kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa
dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24
jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal
ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih
rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari
orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa
400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu
stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan
sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu
manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari
keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan
hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon
‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan
‘adrenaline’
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan)
dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan
secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti
Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40
peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding
orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia
membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot
belaka
ng badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan
otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan
untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi;
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga
yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa
minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam
sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi
penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
♥sesiapa pun mampu dan boleh senyum.. dia macam virus tau.. bila kite sndiri senyum, orang yang nmpak kita senyum pun akan ikut senyum juga...ツ
♥tak kira laa baby ke atuk ke nenek ke kucing ke.. sume bile senyum memang nmpk KIUT sangad!! ツ
That's all nak share ツ hope pasni rajinII kan lah mulut tuk senyum ya..
♫♪♫♪♫♪senyum mu menawan ..menawan..kau buad hatiku tertawan~~~ ♫♪♫♪♫♪♫♪
k.. babai.. mucho gracias sbb da bace !!
assalamualaikum~