-->

donatcoklatkeju space

assalamualaikum ;) welcome to my blog ..enjoy reading my story ..insyaAllah.. if u have any comment or whatever to say just write it in the cbox down there... mucho gracias!!

Wednesday, April 24, 2013

Semakan Keputusan Tawaran Form 6 Sesi 2013/ 2014

 assalamualaikum w.b.t .. hari ni nak share kt korang2 ... tapi bagi yg form 6 wannabe je laa ..hihi..
jangan lupe semak taw..!

(copypaste)
Semakan keputusan tawaran form 6 sesi 2013/ 2014 boleh disemak mulai 24 april 2013. Kemasukan Form 6 merangkumi aliran kesusasteraan dan Sains Tulin. Bagi yang telah mendapat tawaran ke matrikulasi atau IPTA, anda tidak lagi akan dapat tawaran ke tingkatan 6.
tawaran form 6
Menerusi portal rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
semakantingkatan6
Cara Semakan Form 6 2013 Secara Online
Sila layari http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/ atau http://www.moe.gov.my/
Nota: Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.
Permohonan Rayuan
Bagi calon yang gagal untuk melayakkan diri ke Tingkatan 6 Sesi 2013/2014, anda boleh mengemukakan rayuan di applikasi yang sama. Semoga Berjaya.

Sumber: Semakan Keputusan Tawaran Form 6 Sesi 2013/ 2014 | melvister.com
Posted by CIK MIMI SYAHIRAH at 12:48 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 21, 2013

maksud gwiyomi




Assalamualaikum w.b.t ...
today nak share maksud yg tersirat dalam lagu nih..
Maksud sebenar Gwiyomi adalah comel. Gwiyomi yang sebutannya adalah Kiyomi dinyanyikan oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB. Tarian menggunakan jari jemari ini juga dipanggil sebagai “1 +1 = Gwiyomi”. Fenomena ini menjadi ikutan kerana melodi dan lirik lagu yang sangat comel dan pengikut yang mengikuti lagu ini sememangnya sangat comel.

gwiyomi-malaysia

Maksud Qwiyomi
Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute
Penyanyi Asal
Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB .
Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris
Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi

hope u'll enjoy this.. :)

Sumber: Maksud Gwiyomi Dan Penyanyi Asal Lagu Gwiyomi | melvister.com
Posted by CIK MIMI SYAHIRAH at 10:05 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, April 10, 2013

SAYANG VERSI TAUHID


hari ni  mau share video SAYANG VERSI TAUHID.. jom layan~




Lagu "SAYANG" nyanyian Shae, yang ditukar ke versi tauhid

Lagu "SAYANG" nyanyian Shae, yang ditukar ke versi tauhid.

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.
Posted by CIK MIMI SYAHIRAH at 9:33 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, April 1, 2013

14 fakta menarik dan seronok tentang SENYUM





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFQswGQtMmv4y79jWQM4LGYG2RABdgdVBSY7p4lIthzr6jLhfOP-cXJkfG3CCv_DV5n_1lefcinKHf5cPoIDKqtn0HuNCm6p_VJZBGasLL2_o7Xev5BiLpmnWK5sqOn6hOzN0fWZn-Zyd6/s320/baby_smile.jpg

assalamualaikum semua!!

✽Senyum memberi ketenangan bukan?? tapi.. ada juga yang bertanya "dah tu kenapa orang yang kt hospital tu senyum x sihat-sihat juga ? "..haha.. maybe sebab terlebih senyum..and one more  sebab otak mereka dah agak mereng sikit..hihi..

✽Ape pun >>>Tahukah anda, ade lebih kurang 14 fakta menarik tentang senyuman? Jom baca. Hari niy nak kongsi some important fact .. hihi.. hope enjoy it when reading..


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_m7yvfogZi41rcbp3uo1_500.png
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_ll4ftclcy41qibmrmo1_500.jpg6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belaka
ng badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

♥sesiapa pun mampu dan boleh senyum.. dia macam virus tau.. bila kite sndiri senyum, orang yang nmpak kita senyum pun akan ikut senyum juga...ツ
♥tak kira laa baby ke atuk ke nenek ke kucing ke.. sume bile senyum memang nmpk KIUT sangad!! ツ

That's all nak share ツ hope pasni rajinII kan lah mulut tuk senyum ya..
♫♪♫♪♫♪senyum mu menawan ..menawan..kau buad hatiku tertawan~~~ ♫♪♫♪♫♪♫♪

k.. babai.. mucho gracias sbb da bace !!
assalamualaikum~
Posted by CIK MIMI SYAHIRAH at 1:08 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Pages

  • Home

ADMIN

ADMIN

Blog Archive

  • ►  2021 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 18 (1)
  • ►  2017 (2)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 06 (2)
  • ►  2014 (2)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 10 (1)
    • ►  January (1)
      • ►  Jan 25 (1)
  • ▼  2013 (14)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 24 (1)
    • ►  July (1)
      • ►  Jul 16 (1)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 23 (1)
      • ►  Jun 06 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 05 (1)
    • ▼  April (4)
      • ▼  Apr 24 (1)
        • Semakan Keputusan Tawaran Form 6 Sesi 2013/ 2014
      • ►  Apr 21 (1)
        • maksud gwiyomi
      • ►  Apr 10 (1)
        • SAYANG VERSI TAUHID
      • ►  Apr 01 (1)
        • 14 fakta menarik dan seronok tentang SENYUM
    • ►  March (3)
      • ►  Mar 10 (1)
      • ►  Mar 04 (2)
    • ►  February (2)
      • ►  Feb 14 (1)
      • ►  Feb 13 (1)

Blog List

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
    3 months ago
  • geek in the pink !™
    Bismillah.
    2 years ago
  • Pink is ♥ com ~ Safiena
    家出少女即ハメpinkizluv
    10 years ago
  • @feeyaanuar
    LIFELESS
    11 years ago
  • AFIFAH'S BLOG . .
    I know 10 facts about you..
    14 years ago
  • Raisya's Hikayat
  • Diary Kecilku™

comment pliss~

Open Cbox

cute~

cute~



Followers

^^

^^

ME

My photo
CIK MIMI SYAHIRAH
Batu Pahat, Johor, Malaysia
View my complete profile

ahdioss~

ALHAMDULILLAH KERANA MEMBERI KITA PELUANG UNTUK BERTEMU , ADA JODOH BERTEMU LAGI OKEYY ^^

Total Pageviews

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Theme images by latex. Powered by Blogger.