-->

donatcoklatkeju space

assalamualaikum ;) welcome to my blog ..enjoy reading my story ..insyaAllah.. if u have any comment or whatever to say just write it in the cbox down there... mucho gracias!!

Tuesday, June 6, 2017

PERPISAHAN DIAKHIRI DENGAN KEMATIAN

Sedih tak terucap bila aku dapat tahu arnab kesayangan aku pergi tinggalkan aku. Admin sedang kemurungan ni disebabkan tak dapat tengok arnab-arnab tu lagi dah. MashaAllah, apa yang aku dengar malam tadi memang bukan main-main dan firasat aku kuat menyatakan bahawa ada benda akan berlaku. Bila jam menunjukkan pukul 1.35 dan bilik aku berada berdekatan dengan dapur. Bunyi seperti ada manusia dibelakang rumah sangat buat aku tak keruan dan tak selesa. Tahap keberanian aku ni taklah tinggi mana disebabkan aku solo je masa kejadian tu sebab semua orang dalam rumah dah lena dibuai mimpi. So, aku memang tak berani nak kejut sesiapa even my mom sebab takut tak penting pun kejut pagi-pagi buta semata-mata nak beritahu benda tu je. 
      Jam dinding masih lagi berdetik, saat sunyi sepi tulah aku terdengar bunyi kayu seperti dibaling dan mengenai kayu yang lain. Pada masa yang sama aku memang berniat untuk ke dapur untuk meletakkan roti dan kokokrunch yang aku makan sewaktu menonton tv. Aku bergegas kemudiannya ke bilik air dan selepas itu aku dengar anjing menyalak sebanyak 2 kali. Fikiran aku daripada takut berkurangan dek kerana bunyi itu bukanlah bunyi manusia tetapi haiwan (anjing). Akan tetapi aku rasa macam tak sedap hati sebab teringat yang sangkar arnab kat belakang rumah tu dihuni oleh lebih kurang 10 ekor arnab dewasa dan 3 arnab bayi. Aduh perasaan bercampur baur sama ada nak jengah ataupun tidak.
    Aku rasa tindakan aku sangatlah bodoh kerana aku tak pergi jengah apa yang sedang berlaku pagi tu. Lepas je aku dengar bunyi nyalakan anjing tu aku terus buka lampu dan halau anjing tu. Tapi aku tak pasti sama ada anjing tu blah atau pun tak. Aku masih dengar lagi bunyi cakaran demi cakaran. Makin risau aku dibuatnya, aku pun apa lagi .. check pintu dan tutup lampu. Bukan tu je beb, aku siap kunci pintu bilik aku kot. Gila menggeletar aku masa tu siap baca-baca surah yang patut. Serius perasaan jadi tak sedap masa tu. Benda yang paling aku takut masa tu ialah ada perompak, penjahat dan segala yang jahat lah takut sangat kalau diorang pecah masuk rumah aku ni. Kebetulan pula rumah aku banyak pintu. So,keputusan aku pastu ialah tidur dengan niat tak ada apa-apa berlakulah pagi nanti. 
     Tekaan aku salah dan tak mengena bila aku ingat tak ada apa berlaku pagi nanti. Arnab kesayangan aku mati wey! Ya ampun sedih gila dah aku ni ha. 3 dijumpai mati dengan keadaan tak sempurna spt perut dah tak ada, dan kaki patah. Lagi 3 hilang tak jumpa kat mana. Sedihnya wey dah la semua gebu-gebu. Setiap kali aku bagi makan kat diorang ni, aku mesti akan belai-belai kepala berbulu gebu diorang. Huwaaaa.... nak nangis je rasa. 









Posted by CIK MIMI SYAHIRAH at 9:24 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

UNISZA is the destiny where im study now.

WHY UNISZA? 

       It's quiet weirdo punya soalan because of dah nak masuk semester 5 dah pun i study in UNISZA. Well i guess the time for to update my blog are so limited. Mana taknya orang rajin je yang nak menaip dalam sesuatu blog tu. On the other hand, since i have been in unisza for so long time beginning September 2015 till now, a lot of moment that i have share together with my classmates. Em nak start dari waktu semester 1 macam jenuh la kan. So, i skip into semester 4 yang baru je habis haritu. Well i have some stories yang boleh  dikongsikan bersama sepanjang semester 4 yang telah aku lalui. Bermulanya tahun baru 2017, aku dah masuk umur 22 tahun (it's quiet old) dan masa ni ada lecturer baru masuk unisza dengan harapan dia dapat tukar tempat lecturer idola aku iaitu Prof Sulik (nama popular dia). At the beginning, kami sekelas tak minat langsung cara lect. ni ajar kami sebab gaya dia serius weh tak tipu. Then kita siap maki-maki sebab kata lect. baru ni bakal ganti tempat lect. kami yang sedia ada. Siapa je yang nak kalau lect kegemaran kita tu kena ganti dengan orang baru kan?. Tambahan pula, bila lect kita tu dah guide kami since semester 2 lagi. Ha lagilah sedih weh. 

DR.WADY (singkatan nama dia)

     Pada mulanya, anak murid didikan prof sulik tak dapat terima apa yang dia cuba nak bagi dan sampaikan. Aku memang dah agak yang semua ni akan berlaku ( hahaha kuat tak instinct aku?). Apa yang aku agak selama ni ialah bila benci lama-lama akan jadi sayang. At first, tanggapan bagi seorang student antaranya akulah kan, yang lecturer baru ni annoying and blablabla. But then, after dia bagi pencerahan and bagi kami macam-macam aktiviti kami rasa lect ni ada betulnya. Bila dia rancang nak buat trip sama-sama satu kelas, suasana berubah dan kami makin boleh terima dia yang dulunya dirasakan agak annoying, ini bukan satu kutukan atau perli tetapi kami rasa macam nak luahkan tapi kami tak mampu nak kata apa-apa kerana hanya dia sahaja lect. yang guide kami pada masa ni. Tak semua benda kita boleh terima dengan mudah, tetapi kalau kita cuba untuk suka semua pasti akan baik-baik saja percayalah.

SAYANG

Tak mudah nak ungkap kata-kata ni sebab kalau kita dah start sayang memang susa sikit nak lepaskan. Okay ini bukan soal nak bercinta atau apa ya, ini soal sayang terhadap lect. yang kami selalu panggil dia doktor (dr). Bagi akulah kan, lepas dia guide kami dengan cara yang kami suka, aku rasa yang kami makin rapat. Even ada satu masa tu dia suruh kami duduk asing lelaki and perempuan. Kami mcm ...what?. oh mungkin dia ni lect yang kuat agama. hahaha rasa nak tergelak baca post sendiri. lect ni biasa-biasa je tapi bagi aku bagus jugalah asing sebab taklah sosial sangat kami ni nanti kan. Okay untuk sikap dia yang ni aku terima dan aku rasa ada hikmatnya. Terima kasih doktor. 

PROJEK INDUSTRIAL DESIGN 1

Disebabkan oleh ini kali pertama aku amik subjek ni, aku start mengenali macam-macam pasal dunia kayu-kayan, besi-besian dan banyak lagi mengenai pertukangan. Allah, serius aku tak reti (tak pandai) dalam benda-benda alah ni. Nak potong kayu lagi , nak guna mesin lagi, nak kena cari sendiri kayu kat kedai lagi. Serius semua ni pengalaman baru bagi aku dan aku belajar banyak pasal semua ni daripada kawan-kawan sekelas aku di unisza. Thanks korang, aku appreciate sangat. Plus, since ramai pelajar diploma yang dah power and legend dalam bab projek ni memang diaoranglah tempat aku bergantung dan minta bantuan. Walaupun aku masih dalam mood beginner tapi aku memang rasa aku boleh buat tapi dengan diberi tunjuk ajarlah. 

KIDS STEP STOOL 

Ya, ini memang nama projek aku sebab tema dia berdasarkan kanak-kanak. So tu yang buat aku rasa macam tercabar dan wow bestnya nak try benda baru. STep stool ni adalah satu benda yang mana orang gunakan untuk capai benda tinggi. Senang kata step stool ni macam tangga lah tapi versi rendah punya. Haaa.. dapat bayangkan bukan? Bukan senang nak buat benda ni sebab ia juga gunakan tenaga buruh. Buruh tu aku sendirilah sebab ni projek work aku. Kalau buat sendiri kan puas hati dia lebih. Tak gitu? Banyak juga proses nak buat step stool ni dan ia takla semudah ABC. Tapi alhamdulillah finally i make it done and well. Thanks to member yang bantu and lect yang bagi guide. Bukan stakat model je kena buat tapi panel, mockup, report dan technical drawing pun kena buat juga. Thats why i told you bukan senang nak buat projek kayu ni. 

That's all i want to share with you guys.
Thank you.












Posted by CIK MIMI SYAHIRAH at 1:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Pages

  • Home

ADMIN

ADMIN

Blog Archive

  • ►  2021 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 18 (1)
  • ▼  2017 (2)
    • ▼  June (2)
      • ▼  Jun 06 (2)
        • PERPISAHAN DIAKHIRI DENGAN KEMATIAN Sedih tak te...
        • UNISZA is the destiny where im study now.
  • ►  2014 (2)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 10 (1)
    • ►  January (1)
      • ►  Jan 25 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 24 (1)
    • ►  July (1)
      • ►  Jul 16 (1)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 23 (1)
      • ►  Jun 06 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 05 (1)
    • ►  April (4)
      • ►  Apr 24 (1)
      • ►  Apr 21 (1)
      • ►  Apr 10 (1)
      • ►  Apr 01 (1)
    • ►  March (3)
      • ►  Mar 10 (1)
      • ►  Mar 04 (2)
    • ►  February (2)
      • ►  Feb 14 (1)
      • ►  Feb 13 (1)

Blog List

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
    3 months ago
  • geek in the pink !™
    Bismillah.
    2 years ago
  • Pink is ♥ com ~ Safiena
    家出少女即ハメpinkizluv
    10 years ago
  • @feeyaanuar
    LIFELESS
    11 years ago
  • AFIFAH'S BLOG . .
    I know 10 facts about you..
    14 years ago
  • Raisya's Hikayat
  • Diary Kecilku™

comment pliss~

Open Cbox

cute~

cute~



Followers

^^

^^

ME

My photo
CIK MIMI SYAHIRAH
Batu Pahat, Johor, Malaysia
View my complete profile

ahdioss~

ALHAMDULILLAH KERANA MEMBERI KITA PELUANG UNTUK BERTEMU , ADA JODOH BERTEMU LAGI OKEYY ^^

Total Pageviews

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Theme images by latex. Powered by Blogger.