Sedih tak terucap bila aku dapat tahu arnab kesayangan aku pergi tinggalkan aku. Admin sedang kemurungan ni disebabkan tak dapat tengok arnab-arnab tu lagi dah. MashaAllah, apa yang aku dengar malam tadi memang bukan main-main dan firasat aku kuat menyatakan bahawa ada benda akan berlaku. Bila jam menunjukkan pukul 1.35 dan bilik aku berada berdekatan dengan dapur. Bunyi seperti ada manusia dibelakang rumah sangat buat aku tak keruan dan tak selesa. Tahap keberanian aku ni taklah tinggi mana disebabkan aku solo je masa kejadian tu sebab semua orang dalam rumah dah lena dibuai mimpi. So, aku memang tak berani nak kejut sesiapa even my mom sebab takut tak penting pun kejut pagi-pagi buta semata-mata nak beritahu benda tu je.
Jam dinding masih lagi berdetik, saat sunyi sepi tulah aku terdengar bunyi kayu seperti dibaling dan mengenai kayu yang lain. Pada masa yang sama aku memang berniat untuk ke dapur untuk meletakkan roti dan kokokrunch yang aku makan sewaktu menonton tv. Aku bergegas kemudiannya ke bilik air dan selepas itu aku dengar anjing menyalak sebanyak 2 kali. Fikiran aku daripada takut berkurangan dek kerana bunyi itu bukanlah bunyi manusia tetapi haiwan (anjing). Akan tetapi aku rasa macam tak sedap hati sebab teringat yang sangkar arnab kat belakang rumah tu dihuni oleh lebih kurang 10 ekor arnab dewasa dan 3 arnab bayi. Aduh perasaan bercampur baur sama ada nak jengah ataupun tidak.
Aku rasa tindakan aku sangatlah bodoh kerana aku tak pergi jengah apa yang sedang berlaku pagi tu. Lepas je aku dengar bunyi nyalakan anjing tu aku terus buka lampu dan halau anjing tu. Tapi aku tak pasti sama ada anjing tu blah atau pun tak. Aku masih dengar lagi bunyi cakaran demi cakaran. Makin risau aku dibuatnya, aku pun apa lagi .. check pintu dan tutup lampu. Bukan tu je beb, aku siap kunci pintu bilik aku kot. Gila menggeletar aku masa tu siap baca-baca surah yang patut. Serius perasaan jadi tak sedap masa tu. Benda yang paling aku takut masa tu ialah ada perompak, penjahat dan segala yang jahat lah takut sangat kalau diorang pecah masuk rumah aku ni. Kebetulan pula rumah aku banyak pintu. So,keputusan aku pastu ialah tidur dengan niat tak ada apa-apa berlakulah pagi nanti.
Tekaan aku salah dan tak mengena bila aku ingat tak ada apa berlaku pagi nanti. Arnab kesayangan aku mati wey! Ya ampun sedih gila dah aku ni ha. 3 dijumpai mati dengan keadaan tak sempurna spt perut dah tak ada, dan kaki patah. Lagi 3 hilang tak jumpa kat mana. Sedihnya wey dah la semua gebu-gebu. Setiap kali aku bagi makan kat diorang ni, aku mesti akan belai-belai kepala berbulu gebu diorang. Huwaaaa.... nak nangis je rasa.